 |
 |
|
|
| |
| |
| |
|
Statistics |
| Unique Visitors: 195 |
| Total Unique Visitors: 364880 |
| Visitors Out: 823 |
| Total Visitors Out: 823 |
|
|
|
| |
|
|
| |
|
| Kongsi Perasaan Anda |
| 2008-05-01 02:22:00 |
Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesanKenapa seseorang memendamkan perasaanMaluTakut menjadi bebanan kepada orang lainTerlalu peribadi untuk dibincangBerpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinyaBimbang akan reaksi orang lainBerpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahamiTakut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiriMemikirkan ianya hanya perkara kecil sahajaBagaimana mengendalikan perasaan andaKetahui perasaan andaLuahkan perasaan andaDengar pendapat orang lain tentang perasaan andaKongsi perasaan anda dengan pasangan hisup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama...
|
| |
|
| Kesan Pendedahan Berpanjangan Terhadap Asap Ekzos |
| 2008-04-24 20:45:00 |
Asap ekzos tingkat tekanan pada otakPenyelidikan toksikologi di Universiti Zuyd, Belanda mendapati pendedahan singkat kepada asap ekzos kenderaan sudah cukup untuk meningkatkan tekanan kepada otak manusia.Hasil penyelidikan itu menunjukkan partikel halus (nanoparticle) di dalam asap ekzos yang disedut akan menyebabkan perubahan pada aktiviti otak.Kajian dijalankan dengan memantau aktiviti otak dua kumpulan sukarelawan didedahkan sama ada kepada udara bersih atau asap ekzos selama satu jam menggunakan alat elektroencephalograf (EEG).Sukarelawan yang didedahkan kepada asap ekzos dilihat mula menunjukkan tekanan ke atas bahagian korteks otak selepas 30 minit.Kepekatan asap ekzos pada ketika itu pula adalah bersamaan dengan jumlah yang paling tinggi dihadapi orang ramai di jalan raya yang sibu...
|
| |
|
| Spinal stenosis Antara Punca Kaki, Tangan dan Leher jadi Kejang, Kebas |
| 2008-03-20 04:47:00 |
Ruang tulang belakang sempit bukan penyakitBHJika anda pernah berasa kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk, mungkin anda berhadapan masalah ‘spinal stenosis’.Spinal stenosis bukan penyakit, ia merujuk kepada masalah penyempitan ruang tulang belakang. Apa saja punca penyempitan laluan tulang belakang (spinal canal) adalah spinal stenosis.Tulang belakang adalah garisan panjang terbentuk daripada 26 tulang. Ia membolehkan anda berdiri tegak atau membengkok. Tulang belakang juga melindungi saraf tunjang daripada tercedera. Mereka yang berhadapan dengan spinal stenosis bermaksud, tulang belakangnya menyempit pada satu atau lebih bahagian berikut iaitu ruang tengah tulang belakang, laluan saraf bercaban...
|
| |
|
| Apakah Itu Kolesterol? |
| 2008-03-19 10:25:00 |
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.Koleste...
|
| |
|
| Bagaimana Diagnosis Kemurungan (Depresi) Dibuat? |
| 2008-03-13 13:41:00 |
Ada lima faktor digunakan bagi mengdiagnosis kemurungan.Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan.Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial)."Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri.Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri.Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri.Simptom kemurunganRasa sedih dan lekas marah.Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya.Kurang selera makan.Sukar tidur atau ter...
|
| |
|
| Kenali dan Tangani Alahan Dengan Berkesan. |
| 2008-03-09 14:15:00 |
Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafil...
|
| |
|
| Abses Gigi - Gigi dan Gusi Bernanah |
| 2008-03-07 11:06:00 |
DefinisiAbses gigi merupakan pengumpulan bahan-bahan yang dijangkiti (nanah) berpunca dari jangkitan bakteria di bahagian tengah (pulpa) gigi.Penyebab, Kejadian dan Faktor RisikoAbses gigi atau gigi bernanah sebenarnya adalah komplikasi kepada karies gigi. Ia juga boleh berlaku akibat trauma terhadap gigi (misalnya apabila gigi patah atau hancur). Enamel yang terbuka (berlubang) membenarkan kemasukan bakteria yang akan menjangkiti bahagian tengah (pulpa) gigi. Jangkitan boleh merebak dan akar gigi hingga ke tulang yang menyokong gigi.Jangkitan menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (terdiri daripada tisu yang mati, bakteria yang telah mati atau masih hidup dan sel darah putih) dan pembengkakan tisu dalam gigi. Ini menyebabkan sakit gigi. Jika struktur akar gigi mati, sakit gigi mungkin h...
|
| |
|
| Penggunaan Terapi Gen |
| 2008-02-21 13:33:00 |
Terapi gen merupakan satu kaedah rawatan pembetulan gen yang rosak bagi penghidap penyakit warisan. Kaedah ini mula digunakan dalam rawatan penyakit kurang daya tahan genetik (genetic immunodeficiency) yang dikenali sebagai kekurangan Adenosina Deaminase (ADA) atau ADA(-). Enzim ADA ini perlu bagi melengkapkan pembentukan dan perkembangan sistem imunisasi badan.Penyakit ADA(-)menyerang bayi yang baru lahir dan menyebabkan kematian. Bayi tersebut tidak mampu menghasilkan sistem antibodi dan imunisasi yang sempurna. Mereka mudah diserang penyakit seperti tetanus, difteria, penyakit jangkitan pernafasan, campak, dan pneumonia. Sesetengah pesakit pula langsung tidak mempunyai sistem antibodi dan imunisasi. Ini dikenali sebagai gabungan kurang daya tahan yang tenat (severe combined immunodefici...
|
| |
|
| Kurus Tidak Bermakna Anda Sihat |
| 2008-02-17 00:03:00 |
Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk."Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk," kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari di mana lemak tersimpan.Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan siha...
|
| |
|
| Lupus Sukar Dikesan, Tiada Penawar |
| 2008-02-16 23:41:00 |
Lebih lima juta penduduk dunia menghadapi masa depan yang tidak menentu selepas didiagnos dengan masalah 'systemic lupus erythematosus' (SLE) atau singkatnya Lupus.Sehingga kini, tiada ubat dan kajian mendalam bagi menangani lupus. Simptomnya yang menyerupai simptom penyakit lain turut menyebabkan pesakit tersalah diagnos. Jadi, tidak pelik walaupun lupus sudah dikenali dalam dunia perubatan sejak 1800, ubat-ubatan mengawal lupus masih 'dipinjam' daripada penyakit lain.Lupus sukar dikesan. Simptom utamanya sakit sendi, keletihan, ruam kulit dan demam sama seperti kebanyakan penyakit biasa. Keadaan itu menyebabkan pesakit menerima rawatan bagi penyakit yang tidak mereka alami. Buat masa ini pesakit lupus tidak dapat diubati dan mungkin boleh membawa maut.Sampai bilakah senario ini akan berl...
|
| |
|
| Adakah Ia Migrain atau Hanya Sakit Kepala? |
| 2008-02-16 10:33:00 |
Sakit kepala? Jangan terburu-buru menganggapnya sebagai penyakit migrain dan mengambil ubat penghilang migrain. Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan...
|
| |
|
| Fakta tentang Jeragat dan Kulit |
| 2008-02-14 10:37:00 |
Sejenis penyakit kulit.Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.KulitKulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.Vi...
|
| |
|
| Cahaya Matahari, Faktor Genetik Punca Pigmentasi (Jeragat) |
| 2008-02-14 10:28:00 |
Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher."Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil padakulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes."Masalah biji a...
|
| |
|
| Beberapa Perkara yang Perlu Dititikberatkan dalam Pemakanan |
| 2008-02-06 00:08:00 |
Ambil pelbagal jenis makanan sihat termasuk bijirin, kekacang, buah-buahan, sayur daging merah dan putih tanpa lemak, ikan dan hasil tenusu rendah lemak.Elak mengambil makanan berlemak. Walaupun sesetengah jenis lemak itu perlu untuk menjamin kesihatan dan mengawal suhu badan, tetapi anda harus berhati-hati. Kebanyakan lemak dalam makanan bukan sahaja membuat anda gemuk, tetapi membahayakan kesihatan.Makanan yang kaya dengan lemak tidak tepu seperti adpokat, minyak kelapa sawit dan minyak zaitun adalah balk. Begitu juga dengan makanan yang kaya dengan lemak omega-3 seperti dalam makanan laut.Kurangkan pengambilan makanan bergula. Makanan bergula biasanya tidak mengandungi khasiat pemakanan yang diperlukan oleh badan.Terlalu banyak gula mengundang risiko kenc...
|
| |
|
| Kesan Buruk Seks Luar Tabie |
| 2008-01-31 11:09:00 |
Hubungan seks penetratif normal ialah seks zakar-faraj. Seks oral dan seks penetratif melalui lubang dubur atau seks 'anal' ditakrifkan sebagai seks luar tabie. Seks luar tabie jika sabit kesalahan boleh dihukum melalui undang-undang Malaysia.Baru-baru ini, Singapura mengisytiharkan seks oral dan seks 'anal' boleh dliakukan jika tiada paksaan, iaitu dilakukan secara rela. Tidak dinafikan, amalan seks 'anal' berlaku dan kajian yang pernah dijalankan di Jordan mendapati amalan perlakuan seksual itu antara suami isteri ialah lebih kurang 25 peratus.Laporan ini hanya daripada kes yang pernah dikendalikan seorang pakar seksologi tempatan Jordan dan bukan laporan nasional.Kemungkinan besar amalan perlakuan seks 'anal' di Malaysia lebih kurang sama dengan data Jordan dan mungkin lebih di kalangan...
|
| |
|
| Amalan Kesihatan Untuk Mengelakkan Bayi Cacat |
| 2008-01-19 11:32:00 |
Cacat atau tidak janin yang anda kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu anda sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Sekiranya anda inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum anda merancang kehamilan sehinggalah anda benar-benar hamil.Berhenti MerokokRamai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang anda kandung lahir dengan berat badan yang kurang.Makan Makanan SihatMakanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari anda perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein.Elakkan AlkoholAlkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.Nasihat DoktorJangan mengambit ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.Ambil Asid FolikIa penting diambil oleh wanita yang baru hamil. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.
Lawat http://e-kesihatan.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan yang berguna.
...
|
| |
|
| SMART - Pengurusan Baru Asma |
| 2008-01-17 09:00:00 |
Prof. Liam Chong-Kim.Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia.Batuk. Berdehit. Dada berasa ketat. Kesukaran bernafas. Ini merupakan beberapa gejala yang sering dijelaskan oleh Puan Aminah (bukan nama sebenar) dan ramai lagi penghidap asma - kadangkala setiap hari akibat kawalan asma yang tidak baik.Bagi Puan Aminah dan dua juta rakyat Malaysia yang menghidap asma, gejala-gejala ini telah menjadi kebiasaan serta cenderung meningkat sekiranya tidak dikawal dengan betul.Asma adalah keadaan di mana terdapat keradangan kronik pada saluran pernafasan. Apabila terdedah pada sesetengah penyebab alahan, saluran pernafasan membengkak dan sempit, menyebabkan gejala asma.Mereka yang menghidapi asma mengalami penderitaan pada kadar purata tiga hingga lima hari bagi setiap serangan akut di mana asma mereka ...
|
| |
|
| Gen Sebabkan Manusia 'Gatal'? |
| 2008-01-17 08:48:00 |
Nature beberapa edisi terdahulu mendedahkan, gen menjadi punca kepada perlakuan seseorang menggaru tubuh mereka yang mengalami gatal-gatal terutamanya apabila ada orang lain yang membuatnya marah.Tikus yang digunakan di dalam eksperimen berkenaan, yang tidak mempunyai gen terbabit, didapati tidak menggaru-garu tubuhnya dalam situasi yang sarna."Ia suatu penemuan yang menarik kerana gatal merupakan satu fenomena biasa. Dan secara klinikalnya, ia juga satu masalah besar. Tetapi, tiada siapa tahu, gen yang mana satukah terlibat di dalam sensasi itu.Hasil kajian ini mencadangkan bahawa terdapat dua laluan berasingan yang menghasilkan rasa gatal. Selama ini, kita diberitahu bahawa kegatalan adalah sebahagian daripada kesakitan ringan," kata Prof. Madya Zhou-Feng Chen, pakar bius dari Washington University School of Medicine Pain Center.Kedua-dua kumpulan tikus dalam kajian bertindak balas dengan cara yang sama terhadap kepanasan, tekanan dan kesakitan. Bagaimanapun, tikus yang tidak mempunyai gen protein GRPR ketara kurang menggaru selepas menerima suntikan kimia penyebab kegatalan.
Lawat http://e-kesihatan.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan yang berguna.
...
|
| |
|
| Boleh Jadi Gemuk Kerana Kawan, Pasangan |
| 2008-01-17 08:44:00 |
Salahkan kawan anda jika anda gemuk. Itu kesimpulan yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik di dalam The New England Journal of Medicine bahawa obesiti - seperti juga demam selesema yang boleh berjangkit daripada seorang ke seorang - merupakan satu fenomena yang boleh merebak dengan cepat seperti virus.Rangkaian sosial seseorang individu seperti rakan-rakan di tempat kerja ataupun saudara-mara di persekitaran rumah boleh mempengaruhi risiko berat badan berlebihan."Peluang seseorang untuk menjadi obes meningkat lebih separuh (57 peratus) sekiranya dia mempunyai kawan yang obes, adik-beradik (40 peratus) dan pasangan (37 peratus)," kata pengarang bersama, James Fowler dari Harvard University dan Nicholas Christakis dari University of California, San Diego.Tambah mereka: "Seseorang itu cenderung menjadi obes disebabkan oleh perubahan norma atau gaya hidup. Mereka merasakan tidak mengapa menjadi gemuk kerana ramai orang gemuk di sekeliling mereka."Hasil kajian itu turut menyarankan, jika anda mahu kekal langsing, anda mungkin tidak mahu dikelilingi oleh kawan-kawan dan ahli keluarga yang gemuk.
Lawat http://e-kesihatan.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan yang berguna.
...
|
| |
|
| Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes) |
| 2008-01-17 08:36:00 |
Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani.Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor.Perubahan Cara HidupPerubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.PemakananPemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.SenamanSenaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasih...
|
| |
|
| Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari - Rawatan |
| 2008-01-15 12:18:00 |
Rawatan Bagi Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens UrinariSeseorang wanita itu mungkin terpaksa melalui banyak ujian dan juga menerima lebih dari sejenis rawatan.Perawatan diri/perlakuan. Matlamat utama untuk mengenalpasti apa-apa yang menyebabkan kebocoran berlaku dan cuba untuk mengelakkannya. Mana-mana keadaan yang memberikan tekanan di dalam abdomen/dada, juga tisu-tisu penyokong organ-organ pinggul akan dikenalpasti. Pesakit di sarankan agar:Kurangkan berat badanMengelak dari sembelitHindari daripada mengangkat barang barang beratKurangkan minuman berkafeina seperti kopi, teh dan setengah setengah minuman bersodaMerawat penyakit paru-paru yang menyebabkan batuk keterlaluanBerhenti merokokLatihan terhadap pundi kencing juga di laksanakan. Pembuangan air kencing pada waktu yang ditetapka...
|
| |
|
| Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari - Punca |
| 2008-01-15 12:18:00 |
Punca Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens UrinariInfeksi/jangkitan pundi kencing. Tanda-tanda penyakit seperti sakit untuk kencing, acap kali ke bilik air dan juga mungkin kehadiran darah di dalam air kencing. Infeksi pundi kencing dan juga uretra lazim berlaku pada wanita kerana struktur anatominya. Jangan bimbang, mereka ini mudah dirawati.Keteguhan tisu-tisu penyokong organ pinggul. Ini mungkin kerana faktor usia, kelahiran anak yang ramai dan juga mungkin kerana proses kelahiran itu sendiri, lambat laun akan melemahkan tisu-tisu penyokong di pinggul. Ini menyebabkan gangguan terhadap anatomi yang tidak selari.Keabnormalan sistem saluran kencing. Mungkin kerana kehadiran fistula iaitu pembukaan abnormal dari sistem kencing ke dalam faraj. Ini berlaku mungkin kerana pembedahan pelvik, proses kelahiran, rawatan radiasi, kanser di pinggul dan sistem perkumuhan air kencing.Permasalahan neuromuskular. Berlaku apabila isyarat dari otak dan korda spinal tidak berhubungan dengan organ-organ pundi kencing dan uretra. Keadaan seperti kencing manis dan strok merupakan contoh yang biasa berlaku.Penggunaan ubat-ubatan tertentu. Ubat diuretik yang digunakan seperti dalam perawatan sakit jantung ataupun darah tinggi menyebabkan isipadu air kencing bertambah dengan cepat.Selanjutnya:Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari - DiagnosisKencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari - Rawatan
Lawat http://e-kesihatan.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan yang berguna.
...
|
| |
|
| Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari - Diagnosis |
| 2008-01-15 12:18:00 |
Diagnosis Bagi Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens UrinariDiari kencing. Dr. Shah Reza berkata, seseorang wanita yang disyaki menghidapi keadaan ini akan diminta merekodkan berapa kali ke bilik air, jenis minuman yang diambil, apa yang telah dilakukan hingga menyebabkan kebocoran atau kekerapan kencing."Isipadu air kencing juga diamati. Sebelum itu, sejarah kesihatan akan diteliti untuk memastikan tidak ada faktor luaran yang menjadi penyebabnya. Lain-lain termasuklah pemeriksaan pinggul, meneliti kelainan anatomi atau kecederaan yang mungkin berlaku."Ujian-ujian LainUjian ketegasan. Anda akan diminta batuk dan kebocoran air kencing direkodkan.Ujian pewarna. Pewarna yang selamat dimasukkan ke dalam pundi kencing dan sekiranya berlaku tompokan pada tuala wanita yang dipakai, bermakna ada kebocoran.Ujian urodinamik. Ujian terhadap isipadu dan tekanan di dalam pundi kencing semasa pengumpulan air kencing di dalamnya. Kadar pengosongan pundi kencing juga diteliti.Sistoskopi. Alat visual khas untuk memerhatikan keadaan di dalam pundi kencing.Selanjutnya:Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari - PuncaKencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari - Rawatan
Lawat http://e-kesihatan.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan yang berguna.
...
|
| |
|
| Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari |
| 2008-01-15 11:34:00 |
Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains MalaysiaMemalukan. Tetapi, boleh dirawat. Inkontinens urinari bermakna anda tidak berupaya untuk mengawal pembuangan air kecil. Akibatnya, celana dalam dan pakaian anda basah dengan air kencing.Walaupun masalah ini menjejaskan jutaan orang, ia bukanlah sebahagian daripada penuaan yang semulajadi ataupun sesuatu yang normal di kalangan wanita disebabkan oleh proses bersalin atau menopaus.Hakikatnya, ia merupakan satu keadaan perubatan yang berpunca daripada banyak sebab - ada yang relatifnya mudah dan ada juga yang lebih kompleks. "Wanita lebih banyak mengalami ketidakupayaan pengawalan air kencing berbanding dengan lelaki. Tidak mengapa sekiranya sekali sekala berlaku insiden terkeluarnya air ke...
|
| |
|
| Tip Penjagaan Jantung |
| 2008-01-15 11:23:00 |
Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jant...
|
| |
|
| Penjagaan Rapi Bagi Kehamilan Berisiko |
| 2008-01-13 09:30:00 |
Hampir semua kehamilan adalah normal dan melalui proses biasa. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa keadaan yang membuatkan doktor anda berpendapat ia berisiko ke atas bayi dan anda yang perlu ditangani. Ini kerana anda mempunyai masalah kesihatan atau mungkin hamil anak kembar. Kadangkala simtom berkembang dan memberi petanda kepada doktor bahawa anda memerlukan penjagaan khusus.AnemiaKebanyakan wanita mengatami sedikit anemia sebelum mereka hamil dan ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi. Keadaan ini perlu diatasi bagi memenuhi keperluan kehamilan dan pendarahan semasa bersalin kelak.RawatanCegah anemia dengan mengambil makanan diet yang pelbagai, dengan makanan yang kaya dengan zat besi. Jika ujian darah menunjukkan anda mengalami anemia, doktor akan memberi kan zat besi t...
|
| |
|
| Beberapa Khasiat Anggur |
| 2008-01-13 00:08:00 |
Kandungan vitamin C yang tinggi.Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.Mempunyal kalori yang rendah.Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
Lawat http://e-kesihatan.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan yang berguna.
...
|
| |
|
| Pencegahan Radang Ekzema |
| 2008-01-12 23:58:00 |
Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.Perunding kanan dematologi, Dr Steven Chow, berkata di beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat kajian yang dijalankan terhadap kesan ekzema menunjukkan peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan."Melain...
|
| |
|
| Keguguran Rambut Pola Lelaki (MPHL) |
| 2008-01-10 13:52:00 |
Apa itu MPHL?MPHL atau alopesia (botak) androgenetik merupakan punca keguguran rambut yang paling biasa berlaku, mewakili lebih 80 peratus daripada kesemua kes keguguran rambut di kalangan lelaki.Lain-lain penyebab kehilangan rambut termasuklah:Telogen effluvium. Satu keadaan sementara yang selalunya terjadi disebabkan oleh tekanan seperti kehamilan, trauma atau pembedahan.Areata alopesia. Satu keadaan di mana sistem imun badan sendiri menekan peringkat pertumbuhan akar rambut (bahagian rambut yang tertanam di dalam folikel di bawah kulit). Areata alopesia menyebabkan rambut gugur dalam bentuk setompok dan boleh menjejaskan keseluruhan tubuh badan termasuk rambut pada anggota muka dan alat sulit.Keadaan kulit kepala. Jangkitan kulat atau penyakit psoriasis iaitu sejenis penyakit kulit yang...
|
| |
|
| Selamatkan Anak-anak Daripada Penyakit Depresi |
| 2008-01-10 13:04:00 |
Oleh Dr. Tam Cai LianFakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampus Petaling Jaya, Selangor"Cikgu tolonglah saya. Saya rasa nak mati sahaja. Kebelakangan ini saya tidak dapat belajar, tidak dapat tidur. Kehidupan sudah tidak bererti!". Begitulah keluhan dan aduan daripada seorang murid atau pelajar kepada gurunya.Bagi mereka yang profesionnya ialah guru, kaunselor, pensyarah, pakar psikologi ataupun pekerja sosial, pasti pernah menerima aduan yang sama. Dalam kebanyakan kes, pelajar sebenarnya menghadapi masalah depresi (kemurungan). Keadaan sedemikian menjadi agak lumrah terutama sekali ketika pelajar menghadapi peperiksaan. Apatah lagi dengan harapan yang menggunung tinggi daripada ibu bapa.Sejak di bangku sekolah rendah, anak muri...
|
| |
|
| Tip Mengekalkan Paras Kolesterol Yang Sihat |
| 2008-01-10 12:57:00 |
Ikuti tip-tip ini untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat dalam tubuh:Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total.Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
Lawat http://e-kesihatan.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan yang berguna.
...
|
| |
|
| Kawal Peningkatan Kolesterol Secara Semula Jadi |
| 2008-01-10 12:42:00 |
Kolesterol adalah sebatian lemak yang diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti membentuk dan memelihara membran, menghasilkan hormon seks, mencerna lemak dan sebagainya.Antara 80 hingga 90 peratus daripada kolesterol dihasilkan oleh hati, manakala selebihnya diperoleh melalui diet. Masalah peningkatan kolesterol hanya berlaku apabila penghasilan kolesterol, terutamanya kolesterol-LDL (Low Density Lipoprotein) berlaku secara berlebihan dan tidak dapat dikumuhkan dan badan.Faktor pemakanan memainkan peranan yang besar yang menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Dengan itu, berhati-hatilah dalam memilih makanan yang kita ambil terutamanya pada musim perayaan, yang mana kita banyak mengunjungi jamuan hari raya dan rumah terbuka yang menyajikan hidangan yang menyelerakan.Plak atau mendapan k...
|
| |
|
| Batu Karang Hempedu |
| 2008-01-10 11:54:00 |
Oleh: Shafinaz Sheikh Maznan, Utusan MalaysiaDr. Abd. Hamid Mat SainPakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri SembilanHati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia...
|
| |
|
| Glosari 1 |
| 2008-01-09 11:48:00 |
Katarak - penyakit kanta mata yang sepatutnya jernih dan lutsinar menjadi gelap dan mengganggu penglihatan.Kongenital - suatu sifat atau keadaan yang muncul sejak lahir, mungkin berpunca daripada faktor genetik atau faktor lain.Amblyopia - keadaan mata malas, penglihatan mata pesakit tidak jelas sedangkan struktur fizikal mata kelihatan normal.Retina - lapisan sel peka cahaya di bahagian belakang bebola mata yang menangkap imej yang dilihat untuk diproses oleh otak.Hipoglisemia - kandungan gula (glukosa) dalam darah yang rendah daripada normal.Hyperglysemia - kandungan gula dalam darah yang tinggi daripada normal.Hypokalsemia - kandungan kalsium dalam darah yang rendah daripada normal.Galaktosemia - masalah metabolik genetik yang jarang ditemui, menyebabkan penghidap tidak dapat menggunakan gula jenis galaktosa.Sindrom Down - masalah kromosom yang juga dikenali sebagai Trisomy 21 iaitu kehadiran tiga kromosom ke-21 yang menyebabkan pelbagai jenis masalah tumbesaran dan masalah kognitif. Risiko penyakit ini meningkat dengan usia ibu ketika mengandung.Sindrom Edward - masalah kromosom yang juga dikenali sebagai Trisomy 18 iaitu kehadiran tiga kromosom ke-18 yang menyebabkan beberapa masalah kesihatan. Jangka hayat pesakit juga amat rendah dengan hanya 5 hingga 10 peratus penghidap penyakit ini hidup selepas satu tahun dilahirkan.Sindrom Patau - masalah kromosom yang juga dikenali sebagai Trisomy 13 iaitu kehadiran tiga kromosom ke-13 yang mengganggu pertumbuhan pesakit dan merendahkan jangka hayat pesakit. Risiko penyakit ini meningkat dengan usia ibu ketika mengandung.
Lawat http://e-kesihatan.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan yang berguna.
...
|
| |
|
| Katarak Kongenital, Penyakit Selaput Mata Pada Kanak-kanak |
| 2008-01-09 10:58:00 |
Dr. Shatriah Ismail, Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM Kelantan.Penyakit selaput mata pada kanak-kanak juga dikenali sebagai penyakit katarak kongenital dalam bahasa perubatan. Katarak kongenital ialah satu keadaan di mana kanta mata yang asalnya bersifat jernih dan lut cahaya telah bertukar menjadi keruh dan keadaan ini dikesan selepas kelahiran.Kanta mata berfungsi untuk memfokus cahaya yang masuk ke dalam mata dan membentuk imej pada retina. Penyakit katarak menghalang cahaya masuk ke dalam mata dan menyebabkan imej yang kabur terhasil pada retina mata.Penyakit ini boleh menjejaskan penglihatan pesakit dan boleh menyebabkan pesakit menjadi buta sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal lagi. Katarak konge...
|
| |
|
| Apa itu Probiotik? |
| 2008-01-08 12:49:00 |
Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.Fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem gastrousus anda:Ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteriaTerdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahatBakteria baik ialah penghuni normal di dalam usus dan tidak membawa mudarat kepada badan. Ia membantu menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien yang lebih berkesan ke dalam tubuhBaktenia baik membantu menghalang atau mengawal pembiakan bakteria jahat yang tidak diingini atau patogen yang turut hidup di sana. Disebabkan wujudnya bakteria baik dan bakteria jahat di dalam perut kita, maka kita mestilah...
|
| |
|
| Mati Pucuk Petanda Awal Parkinson? |
| 2008-01-08 12:45:00 |
Hasil sebuah penyelidikan di Amerika Syarikat menunjukkan masalah mati pucuk mungkin meningkatkan risiko penyakit Parkinson antara tiga hingga lapan kali ganda.Kaitan ini dibuat hasil kajian ke atas sistem saraf autonomik yang mengawal fungsi luar kawalan badan seperti denyutan jantung dan penghadaman. Sistem saraf ini yang turut mengawal fungsi ketegangan zakar dilihat terjejas dalam pesakit Parkinson dan pesakit mati pucuk.Persoalan yang dibangkitkan kumpulan penyelidik itu kini adalah jika masalah mati pucuk menjadi penanda awal kepada penyakit Parkinson.Faktor usia, merokok, pengambilan kafein dan diabetes pula dikatakan tidak memainkan peranan besar dalam masalah mati pucuk dan ini menunjukkan kemungkinan kerosakan otak akibat penyakit Parkinson bermula lebih awal sebelum menunjukkan sebarang gejala klinikal.
Lawat http://e-kesihatan.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan yang berguna.
...
|
| |
|
| Kanak-kanak Memang Sering Sakit Perut |
| 2008-01-08 12:39:00 |
Alasan sakit perut kanak-kanak mungkin bukan satu penipuan tetapi akibat sakit perut kronik yang dialami oleh satu daripada lima kanak-kanak.Kajian di sebuah sekolah di Britain menunjukkan masalah sakit perut kronik lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak perempuan. Lebih 30 peratus kanak-kanak perempuan yang dipantau melaporkan sakit perut berpanjangan sementara hanya 13 peratus kanak-kanak lelaki melaporkan masalah sama.Kebanyakan kanak-kanak dengan masalah sakit perut ini tidak menunjukkan masalah fizikal atau melibatkan masalah kedatangan haid tetapi kebanyakannya dilihat mempunyai bersifat kompulsif, ketegangan (cemas) dan mementingkan kesempurnaan.Beberapa penyelidikan lain pula dikatakan telah mengaitkan masalah sakit perut kronik ini sebagai petanda awal masalah psikologi dan masalah sistem penghadaman apabila dewasa kelak. Sebelum ini, masalah psikologi juga telah dikaitkan dengan masalah sakit perut yang bukan berpunca daripada sebarang penyakit bagi golongan dewasa.
Lawat http://e-kesihatan.blogspot.com untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan yang berguna.
...
|
| |
|
| Munggai / Kelor Tumbuhan Anti-Penuaan |
| 2008-01-08 10:26:00 |
Oleh Zuliaty Zulkiffli, BHSebelum ini ramai yang mengetahui buah kelor atau dipanggil munggai di kawasan utara digunakan dalam masakan kerana rasanya enak dan mudah diperoleh. Selain buah, daunnya turut digemari untuk dijadikan sayur dan enak jika dimasak lemak.Bagaimanapun, perkembangan pesat bidang bioteknologi menyebabkan tumbuhan yang juga nama saintifiknya Moringa Olifela kini dikomersialkan apabila daun, buah, batang serta akarnya boleh diproses menghasilkan pelbagai produk seperti teh, minyak, salad, syampu, sabun, jus dan kosmetik.Pokok kelor dipercayai berasal dan kawasan sekitar Himalaya serta India dan disebarkan ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, termasuk Etiopia, Sudan, Madagaskar, Somalia, dan Kenya selain Arab Saudi dan Israel ia dijadi...
|
| |
|
| Keramak, Bayam Duri Ubat Tradisional |
| 2008-01-07 23:43:00 |
oleh Ismail Saidin, BHKeramakNama Saintifik: Alternanthera sessilis.Famili: AmaranthaceaeKeramak sayuran tradisional yang amat digemari masyarakat desa. Herba ini tidak ditanam tetapi tumbuh liar di tepi sungai, paya darat, sawah padi dan tempat lembap dan berair. Penggemar sayuran ini sering memungut pucuk herba ini untuk dibuat sayur. Pucuk muda dimasak lemak, ditumis atau dibuat kerabu.Penggemar sayur menganggap memakan sayur keramak sebagai ubat tradisional. Air rebusannya dikatakan dapat menyembuhkan demam.Keramak herba merayap atau menjalar, dan tumbuh liar sehingga menutup kawasan yang lembap dan berair. Daunnya tumbuh roset pada buku ruas, bergaris bentuk elips hingga oblong, 1.3-5 sentimeter (cm) panjang, 0.7-2.5 cm lebar, tepi daun bergerigi halus, berwarna hijau tua. Infloresen...
|
| |
|
| |
 |
|
| |
| |
|
 |